Pascasejarah | Fahd Razy

Pascasejarah | Fahd Razy

Penerbit: ITBM

Penulis: Fahd Razy

Tahun terbitan: 2015


Pascasejarah ialah fiksyen distopia dan pascaapokalips yang terbit daripada babak-babak sejarah. Meraka bangsa homocivilis yang membina istana peradaban di atas puing-puing silam. Lalu bangsa itu jugalah yang meruntuhkannya kembali menjadi debu sejarah. Pertelingkahan, keangkuhan, dan ketamakan ialah sebahagian daripada racun yang terus mengisi kota-kota kemanusiaan.

Dua belas cereka di dalamnya disusun mengikut kronologi masa menjadi seminovel yang merumuskan sebuah zaman: Pascasejarah.

Benarlah. Sejarah ialah bayangan masa depan yang boleh diramalkan.

“Tak perlu seorang lagi Nostradamus, kita telah pun tahu. Ia hanya rumus yang berulang.”


Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Brand: ITBM
  • Product Code: 9789670869872
  • Availability: In Stock
  • RM35.00