Pemerkasaan B40: Kesejahteraan Strategi dan Implikasi Sosioekonomi

Out Of Stock Pemerkasaan B40: Kesejahteraan Strategi dan Implikasi Sosioekonomi

Hasil kajian penyelidikan Pmerkasaan B40 secara 360 darjah (DCP-2017-016) berkaitan pemerkasaan golongan B40 di Malaysia yang berfokuskan isu kesejahteraan ekonomi dan sosial serta strategi, program, dan implikasi hasil kajian dihimpunkan di dalam sebuah buku. Secara definisi, golongan B40 merujuk kepada golongan 40% terbawah dalam agihan pendapatan, atau dianggap sebagai golongan berpendapatan rendah, berbanding golongan M40 dan T20. Buku ini telah dibahagikan kepada dua bahagian utama yang bertemakan "Kesejahteraan Ekonomi dan Sosial" untuk Bahagian 1 dan Bahagian 2 membincangkan berkenaan Strategi, Program dan Implikasi kajian-kajian yang telah dijalankan.

Secara rumusan, Bahagian 1 mengenal pasti trend, ciri, isu dan cabaran berkenaan gaya hidup golongan B40 berdasarkan corak perbelanjaan, pendapatan dan lebihan pendapatan.

Bahagian 2, tertumpu kepada strategik dan program yang terpilih dalam memperkasa golongan B40. Ini termasuklah program bantuan kerjaan, pemetaan kemiskinan, pemerkasaan kejiranan, keselamatan makanan dan pelancongan desa. Strategi aplikasi teknologi, program celik kewangan, pengayaan perniagaan perusahaan kecil, dan tanggungjawab sosial korporat juga diketengahkan. 

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha

Stock Status

You can assign custom blocks with custom messages on Out of Stock products only.

  • Brand: Penerbit UKM
  • Product Code: 9789672388319
  • Availability: Out Of Stock
  • RM55.00

Tags: PENULISAN TESIS: KAJIAN KUALITATIF DAN KUANTITATIF, RAHSIA KEJAYAAN MENULIS JURNAL BERIMPAK TINGGI BUKU DAN TESIS