Pemerkasaan Kesejahteraan Hidup Orang Asli di Malaysia

Pemerkasaan Kesejahteraan Hidup Orang Asli di Malaysia

Penerbit: Penerbit UKM

Mukasurat: 283 mukasurat

Tahun terbitan: 2018

Bahasa: Bahasa Malaysia


Kesejahteraan hidup adalah elemen penting dalam menjamin kebahagiaan hidup manusia. Komuniti Asli yang dikategorikan sebagai kaum manoriti di negara ini adalah sebahagian daripada entiti masyarakat turut mendambakan kesejahteraan hidup. Buku ini yang bertajuk Pemerkasaan Kesejahteraan Hidup Orang Asli di Malaysia adalah kompilasi daripada kajian para ahli akademik Universiti Kebangsaan Malaysia dalam pelbagai bidang iaitu kesihatan, agama, sosial, pendidikan dan ekonomi. Gabungan pelbagai kepakaran bidang dalam menghasilkan buku ini telah memberi ‘sinergi’ dan nilai tambah dalam kajian berkaitan masyarakat Orang Asli. Malah hasil kajian yang dibukukan mampu menjadi sumber rujukan penting kepada pembuat polisi dan pihak berkepentingan berkaitan dasar pembangunan Orang Asli, para pengkaji dan masyarakat umum. Buku ini dibahagikan kepada dua tema utama iaitu tema sosio-budaya dan kesihatan Masyarakat Orang Asli. Isu-isu yang dibincangkan seperti pengenalan masyarakat Orang Asli, pengukuran kesejahteraan hidup, pemerkasaan pendidikan anak-anak, faktor sosio budaya dan kesejahteraan ekonomi, aplikasi kemahiran komunikasi dakwah dan advokasi literasi dalam pembangunan komuniti peribumi, kualiti kesihatan, jangkitan parasit usus, penyakit malaria, tahap malpemakanan, pendedahan pestisid dan kesan ke atas anak-anak Orang Asli adalah termasuk kedalam kedua-dua tema ini. Selain menjadi rujukan kepada pihak berkepentingan dan pengkaji, buku ini diharap dapat menambah korpus ilmiah dlam kajian berkaitan komuniti Asli di negara ini.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha
  • Brand: Penerbit UKM
  • Product Code: 9789674125820
  • Availability: In Stock
  • RM40.00