Pengenalan Tokoh-tokoh dan Kitab Tafsir Melayu Ulama Nusantara

Pengenalan Tokoh-tokoh dan Kitab Tafsir Melayu Ulama Nusantara

Buku yang membincangkan tentang tokoh-tokoh dan juga metod tafsir ulama Melayu Nusantara agak terhad di pasaran jika dibandingkan dengan buku-buku berkaitan akidah, fekah, akhlak dan tasawuf. Buku ini ditulis berdasarkan kepada penyelidikan mengenai kitab tafsir Melayu yang terdapat di Nusantara yang telah dilakukan bermula daripada tahun 1999. Tokoh-tokoh ulama tafsir Melayu tersebut bermula dari Syeikh Abdul Rauf Fanshuri sebagai pengasas tafsir Melayu Nusantara melalui kitab tafsirnya Tarjuman al-Mustafid sehinggalah kepada M. Quraish Shihab penulis tafsir Melayu terkini yang menghasilkan kitab tafsirnya yang berjudul Tafsir al-Mishbah. Di samping menjelaskan latar belakang tokoh secara terpeinci, buku ini juga membincangkan metodologi yang diguna pakai oleh para tokoh terbabit dalam menjelaskan dan mentafsirkan firman-firman Allah Taala. Buku ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama dikhususkan kepada kitab-kitab tafsir yang lengkap tafsirannya, manakala bahagian kedua pula dikhususkan kepada kitab-kitab tafsir yang tidak lengkap tafsirannya sebanyak 30 juzuk. Pendedahan mengenai tokoh-tokoh dan metodologi tafsiran ini diharap dapat membantu pembaca awam dan para pelajar sama ada pada peringkat prasiswazah mahupun siswazah
dalam meningkatkan pengetahuan mereka tentang perkembangan penulisan kitab-kitab tafsir di Nusantara.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Brand: Penerbit UKM
  • Product Code: 9789674121938
  • Availability: In Stock
  • RM40.00

Tags: MEMOIR KHATIJAH SIDEK: PUTERI KESATERIA BANGSA, ULAMA BESAR DARI PATANI BY AHMAD FATHY AL-PATANI ​