For self-pickup, please wait until we email you when your order is ready — usually within 3 working days. ❤️

Perikatan Ulama-Negara : Punca Autoritarianisme dan Kemunduran Dunia Muslim

Perikatan Ulama-Negara : Punca Autoritarianisme dan Kemunduran Dunia Muslim

Penerbit: Lestari Hikmah

Penulis: Ahmet T. Kuru

Penterjemah: Muthanna Saari

Muka Surat: 113

Tahun: 2022


Salah satu krisis pemikiran politik umat Islam pada zaman moden ialah bagaimana merumuskan hubungan agama dan negara setelah keruntuhan sistem khilafah dan munculnya konsep negara-bangsa dan kewarganegaraan. Secara umum, umat Islam dihadapkan dengan dua jalan: mewujudkan negara Islam atau membangunkan sistem demokrasi yang sekular. 

Persoalan asas yang harus ditanyakan ialah sistem manakah yang benar-benar dapat mempertahankan integriti Islam serta membangunkan umat. Buku ini menunjukkan jalan untuk meleraikan kerancuan di dalam menilai dua jalan ini, termasuk mengajak kita untuk memikirulang slogan “tiada pemisahan antara agama dan negara” yang muncul sebagai respons terhadap kondisi sejarah dan bukannya tuntutan Islam sebagai suatu keyakinan.

— Mohamed Imran Mohamed Taib, aktivis dan peneliti Islam, Singapura


Dr. AHMET T. KURU ialah Profesor dalam Sains Politik di San Diego State University. Beliau memperolehi PhD dari University of Washington dan memegang jawatan pasca kedoktoran di Columbia University. Beliau merupakan penulis bagi 'Islam, Authoritarianism, and Underdevelopment : A Global and Historical Comparison' (2019, bakal diterjemahkan oleh IRF) dan 'Secularism and State Policies toward Religion : The United States, France and Turkey' (2009).

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Brand: Lestari Hikmah
  • Product Code: 9789672672005
  • Availability: In Stock
  • RM30.00

Tags: Bangsa, Demokrasi, Islam