Persuratan Melayu: Tradisional ke Moden

Persuratan Melayu: Tradisional ke Moden

Penerbit: Penerbitan UKM 

Mukasurat: 228 mukasurat

Tahun terbitan: 2014

Bahasa: Bahasa Malaysia


Penggalian khazanah bangsa dalam bidang persuratan Melayu telah menampilkan suatu citra dokumentasi tamadun bangsa Melayu. Hasil dokumentasi yang terkumpul hingga kini mampu menyerlah ketinggian tamadun Melayu dan dapat mengangkat martabat pengarangnya. Karya sastera yang dilahirkan itu adalah wadah yang amat berharga dan berpengaruh dalam membentuk pemikiran masyarakat menerusi ketajaman garapan tulisan pengarangnya.

Persuratan Melayu: Tradisional ke Moden memaparkan gambaran perkembangan persuratan Melayu dalam dua tahap penulisan secara berasingan yang dimulai dengan kesusasteraan tradisional dan diikuti dengan kesusasteraan moden. Kesusasteraan Melayu tradisional meliputi tradisi lisan dan tradisi bertulis sama ada dalam bentuk prosa mahupun puisi. Kesusasteraan moden tumbuh pesat pada awal abad ke-20 dengan kemasukan pengaruh sastera Barat.

Pada peringkat yang awal, kemasukan Islam telah membawa perubahan besar dalam bentuk genre serta isi sastera Melayu. Selain menghibur dan mendidik yang menjadi matlamat dasar pengarang Melayu, karya yang dihasilkan itu adalah suatu paparan kepelbagaian aspek kehidupan masyarakat Melayu dengan segala ketinggian perisian tamadun di dalamnya. Kedua-dua nilai tersebut tetap tidak ditinggalkan oleh pengarang di samping mengharap khalayak pembaca dapat memahami serta menghayati unsur dan nilai murni yang terdapat di dalam setiap karya.

SAHLAN MOHD. SAMAN, Ph.D, Profesor di Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebelum ini menghasilkan A Comparative Study of the Malaysian and Philippines War Novels (1984) bersama Penerbit UKM. SHAIFUL BAHRI MD. RADZI, Ph. D, adalah pensyarah di pusat yang sama.
 

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha
  • Brand: Penerbit UKM
  • Product Code: 9789679427264
  • Availability: In Stock
  • RM25.00