Pop Urban | Zainal Rashid Ahmad

Pop Urban | Zainal Rashid Ahmad

Penerbit: ITBM

Penulis: Zainal Rashid Ahmad

Tahun terbitan: 2017


Kota memang mencipta fiksyennya yang tersendiri, apa lagi pada era budaya pop dengan elemen hips yang menjadikan koloni urban hidup dalam lingkaran rutin yang lebih mitos daripada segala mitos, malah lebih magis dan lebih misteri juga.

Kumpulan Cerpen Pop Urban ialah mata fiksyen yang melihat rutin kota melalui simbol-simbol klasik dan kuno, tetapi sangat releven dan merutin dalam imej koloni urban yang sensasi dan happening.

Kumpulan cerpen dengan 18 cerita pendek yang berelemen klasik, mitos, misteri, dan magis ini sengaja difiksyenkan sebagai subjek yang prominan dalam budaya pop dan hips, malah relevan urban.

Imej ikan paus, harimau saka, broker antimaut, monyet lagenda, barua politik, kesunyian kota kara, dan obsesnya para syaitan yang menjelma sebagai manusia mengisi fiksyen berlatarkan urban dengan topik yang real.

Kumpulan Cerpen Pop Urban menjadikan segala-gala yang klasik, mitos, mistik, dan magis sebagai rutin normal - sangat normal bagi koloni urban.



Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Brand: ITBM
  • Product Code: 9789674605797
  • Availability: In Stock
  • RM25.00