Pura Taman: Warisan Penglipur Lara Jakun

Pura Taman: Warisan Penglipur Lara Jakun

Penerbit: Penerbit UKM

Penulis: Mohamad Luthfi Abdul Rahman

Mukasurat: 360 mukasurat

Tahun terbitan: 2014

Bahasa: Bahasa Malaysia


Pura Taman adalah seorang tokoh pencerita dalam masyarakat Orang Ali daripada suku kaum Jakun di Kampung Sungai Mok, Kuala Rompin Pahang. Pura Taman yang berusia lebih 80 tahun sangat terkenal di kampung tersebut dan di sekitarnya sebagai seorang pencerita. Buku ini memfokuskan analisis terhadap cerita-cerita lisan Orang Asli Jakun ini pernah didengari oleh khalayak umum sebelum ini. Sebagai seorang pencerita lisan, beliau berjaya memberikan hiburan kepada khalayaknya melalui cerita yang menghiburkan, penuh dengan suspens, adegan pertarungan dan sebagainya. Secara tidak langsung masyarakat di kampung tersebut rasa terhibur dan dapat melepaskan keletihan mereka selepas seharian bekerja. Peranan ini disebut oleh G.L koster sebagai ‘dalang’ iaitu merujuk kepada peranan seseorang pencerita yang mampu memberikan hiburan kepada khalayaknya. Namun, dalam tradisi tukang cerita Orang Asli ini agak berbeza daripada tukang cerita atau penglipur lara konvensional masyarakat Melayu.  Selain itu, Pura Taman juga bercerita tentang kisah-kisah yang memerihalkan pengalaman silam mereka dan juga kisah yang mampu menaikkan semangat mereka untuk meneruskan hidup zaman komtemporari ini. Dengan kata lain, Pura Taman turut memberi faedah yang bermanfaat kepada khalayaknya. Peranan sebegini disebut oleh G.L. Koster sebagai ‘dagang’ itu sering dikaitkan dengan sastera bertulis, namun dalam konteks cerita dan kehidupan masyarakat Orang Asli peranan’dalang’ dan ‘dagang’ itu boleh wujud secara serentak dalam tradisi bercerita mereka.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Brand: Penerbit UKM
  • Product Code: 9789674122447
  • Availability: In Stock
  • RM45.00