If you choose self-pickup, we will email you when your order is ready. We usually take 2 to 3 days to process your order. Thank you! ♥️

Melayu,Nasionalisme Radikal dan Pembinaan Bangsa

Melayu,Nasionalisme Radikal dan Pembinaan Bangsa

Penerbit :University Malaya Press

Tahun Terbitan : 2014

Halaman : 200 m/s

Penulis : Ahmat Adam 

Kendati pun sejarah orang Melayu dalam gerakan kebangsaan di Malaysia telah pernah ditulis, tetapi tidak banyak pengarang yang dengan jelas cuba mentakrifkan siapa dia yang disebut Melayu itu dan bagaimana, di sebalik keterikatan orang Melayu kepada nilai-nilai tradisionalnya, agama Islam masih tetap berperanan ampuh dalam mencitrakan budaya dan kerangka nilai bangsa ini hingga ke zaman sekarang. Berbekalkan nilai-nilai inilah, baik yang bersifat keagamaan mahupun adat, orang Melayu mengharungi perubahan menuju kemodenan dan ini diejawantahkan dalam gerakan politik dan Islam radikal yang cu8ba menggembleng orang Melayu ditulis berdasarkan penyelidikan, untuk cuba membicarakan sejarah asal-usul bangsa Melayu dalam konteks gugusan kepuluan Melayu, pembentukan jati diri, dan kaitannya dengan gagasan "kemelayuan," serta kesedaran kebangsaan yang lahir sebelum Perang Dunia Kedua akibat sentuhan pengaruh dari seberang Selat Melaka. Secara khusus buku ini menumpukan perhatian kepada sejarah pertumbuhan dan perkembangan politik radikal dalam kalangan orang Melayu dan cuba membahaskan tanggapan serta respons mereka terhadap keberadaan bangsa-bangsa bukan Melayu dalam upaya pembentukan suatu bangsa Malaya dan kemudiannya Malaysia. 



Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • RM42.00

Tags: Malaysia, Politics, Extremism and Education