Gerakbudaya Bookstore PJ is closed on 26 and 27 December 2019 for our annual stocktake. We open as usual, 10AM to 7PM from 28 December onwards. For gerakbudaya.com orders made between 25 December 2019 and 1 January 2020,we will ship them beginning 2 January. If you have questions, please contact emarketing@gerakbudaya.com or WhatsApp +60 10-215 8342.

Renungan Kemasyarakatan

Renungan Kemasyarakatan
Author/Editor: Hazman Baharom
New Pb176 pp.
Subjects: Politics, Social Studies
Condition: Good
Publisher: Megamind Leadership Consultancy
Published: 2016
Masyarakat kita kini sedang ribut lagi kelam-kabut. Biarpun mewah harta-benda, kita seolah-olah masih terumbang-ambing dalam persoalan lain yang membentuk nuansa kemanusiaan -- seperti bahasa, seni, sejarah, makna menjadi manusia, makna kemerdekaan negara dan lain-lain.

Penulisan ini merupakan satu upaya merenung tabiat serta akar kepada masalah-masalah tersebut, yang hari ini kelihatannya semakin pongah merenggut setiap sisi kemanusiaan yang kita nikmati. Kita menjadi manusia kerana fakulti tertentu yang dianugerahkan Tuhan kepada kita, dan makna kepada kejadian itu sesungguhnya menuntut kepada penaakulan mendalam dariada setiap insan yang punya kesedaran akal jua batin.

Seperti yang terangkum dalam salah satu bait daripada pantun warisan, "alam terkembang dijadikan guru", kita sebenarnya mampu belajar banyak perjara daripada reliti masyarakat hari ini. Dari situ, melalui pemerhatian seteliti mungkin, kita akan mampu untuk bergerak lebih dekat menuju daerah penyelesaian, supaya dapat kita ubati masyarakat ini daripada sakit yang dideritainya.

Buku ini adalah undangan penulis kepada para pembaca untuk memikirkan semula hakikat kewujudan dirinya dan masyarakatnya, serta segala yang mengisi lohong-lohong di celah keterikatan antara keduanya.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • RM30.00

Tags: Hazman Baharom, Politics, Social studies