Sains Di Alam Melayu

Sains Di Alam Melayu

Penerbit : Penerbitan UKM

Tahun Terbitan : 2017

Halaman : 303 mukasurat

Disunting : Abdul latif Samian & Nazri Muslim


Buku ini diterbitkan atas kesedaran untuk menyemarakkan lagi diskusi ilmiah mengenai sains di Alam Melayu. Orang Melayu mampu mengkategori, menyusun dan mengelaskan khazanah herba yang dihasilkan oleh hutan tropika di sekitarnya. Mereka kenal beberapa tumbuhanm merak tahu khasiat dan fungsi akar kayu, kulit kayu, teras kayu, daun kayu, buah kayu dan pucuk kayu. Mereka juga faham akan ikan di air, binatang di hutan, unggas dan serangga yang berterbangan di udara, kokok ayam dan kicau burung, mereka tahu bila hari akan siang dan bila pula akan bertukar malam. Segala sumber alam adalah ilmu kepada mereka, malah sesuatu yang menarik tentang sains alam Melayu adalah perkaitannya yang rapat dengan pandangan alam Islam. Walaupun telah melalui pelbagai zaman, iaitu zaman Melayu kuno hinggalah kepada zaman animisme, zaman Hindu/Buddha, zaman penjajahan, namun kedatangan agama Islam telah memberikan impak yang paling besar kepada kehidupan orang Melayu. Pengaruh ini juga akhirnya tergambar dalam sains Melayu. Oleh sebab ini, dalam membangunkan barangan atau mewujudkan hasil sains Melayu, pengaruh agama Islam jelas tergambar pada setiap tamadun yang lengkap lagi bersepadu sewajarnya mempunyai sains. Ini kerana sains merupakan salah satu bahagian terpenting dalam mana-mana tamadun. Diharapkan buku ini terus memperkembangkan satu lagi korpus ilmu mengenai sains di Alam Melayu. 

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Brand: Penerbit UKM
  • Product Code: 9789674124052
  • Availability: In Stock
  • RM35.00