Sebalik Yamashita Dan Percival

Sebalik Yamashita Dan Percival

Yamashita dan Pervical dua susuk “besar” dalam sejarah Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu dan Singapura. Akan tetapi, Sebalik Yamashita dan Percival bukan semata-mata berkisah tentang kedua-dua keadaan yang tercatat dalam sejarah itu. Novel ini sebenarnya turut berkisar tentang limpahan peristiwa yang berbangkit daripada kedua-dua keadaan itu terhadap kehidupan penduduk Tanah Melayu dan Singapura yang beraneka bangsa, keturunan, agama, dan budaya itu.

Sebalik Yamashita dan Percival yang bertapak atas tema cinta dan peperangan ini diadunkan dengan teliti, rinci, dan berimbang sehingga cinta yang murni terserlah keasyikan dan keindahannya di celah-celah perang yang senantiasa tegang, suspens, dan cemas. Diperlihatkan kepada kita betapa rakyat yang beraneka bangsa, keturunan, agama, dan budaya, dalam tempoh-tempoh perang itu, beraneka juga pembawaannya - ada yang angkuh dan gasar, ada yang rendah hati tetapi berani, dan tidak kurang ada yang patriotik dengan cara mereka sendiri.

Tetapi jauh daripada semua itu, Sebalik Yamashita dan Percival membawa suatu perutusan yang signifikan demi melahirkan keinsafan kepada seluruh umat manusia - tentang rapuhnya manfaat peperangan; tipisnya maksud kemegahan; celarunya erti kemenangan - berbanding dengan kemusnahan,kesulitan, dan keperitan hidup yang dideritai manusia, yang tidak dapat dikukur dengan perasaan apa-apa pun jua.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Brand: ITBM
  • Product Code: 9789670798851
  • Availability: In Stock
  • RM30.00

Tags: A. Samad Said, Novel, Fiksyen, Malaysia