Sebutir Percikan: Biografi Chun Tae Il
Click Image for Gallery
Penulis: CHO YOUNG-RAE
Diterjemahkan oleh: ERLINDA JOSEPH & ELDA KONSAGA
Publisher: SIRD
‘Jangan biarkan kematian saya menjadi sia-sia’
Dilahirkan dalam kemiskinan pada tahun 1948, Chun Tae-il hanya menerima pendidikan formal yang sedikit. Selepas memutuskan untuk bekerja di sebuah kilang pakaian di Seoul, beliau menyaksikan kesengsaraan dan penderitaan yang dialami oleh ribuan pekerja wanita muda. Dengan belas kasihan dan keberanian yang luar biasa, Chun Tae-il telah melawan penindasan pihak pemerintah dan majikan dengan tujuan meningkatkan kualiti kehidupan pekerja yang dieksploitasi. Pada 13 November 1970, dia membuat pengorbanan terakhirnya demi kaum pekerja. Beliau hanya berumur 22 tahun pada ketika itu. Sehingga kini, Chun-Tae il dikenali sebagai Bapa Demokrasi Kesatuan Pekerja di Korea. Ini adalah ceritanya.

Cho Young-rae dilahirkan pada tahun 1947 di Taegu, dan dia mendapat pendidikan undang-undang di Universiti Kebangsaan Seoul. Beliau merupakan seorang pemimpin pelajar yang terkenal pada tahun 1960 dan 1970 melalui penglibatannya dalam tunjuk perasaan menentang rejim Park Chung-hee. Dia menulis biografi Chun Tae-il ketika bersembunyi dari pihak polis. Sebagai peguam hak asasi manusia, dia telah menyaksikan kesengsaraan yang dialami oleh masyarakat Korea dengan matanya sendiri. Cho Young-rae dan Chun Tae-il berkongsi belas kasihan yang mendalam terhadap mereka yang telah ditindas. Pada tahun 1988, dia menubuhkan organisasi Peguam untuk Masyarakat Demokratik (Lawyers for a Democratic Society) bersama dengan rakan-rakan seperjuangannya. Cho Young-rae meninggal dunia pada tahun 1990.