Sejarah Pembinaan Negara Bangsa

Sejarah Pembinaan Negara Bangsa

Penerbit :University Malaya Press

Tahun Terbitan : 2017

Halaman : 260 m/s

Penulis : Mohamad Redzuan Othman

Sejarah Pembinaan Negara Bangsa ialah buku koleksi esei oleh kakitangan akademik Jabatan Sejarah yang diterbitkan sempena 100 tahun penubuhan Universiti Malaya (1905-2005). Buku yang mengandungi 15 artikel ini meliputi Sejarah Malaysia, Asia Tenggara dan Dunia. Buku ini cuba mengesan, merakam dan menganalisis perkembangan penting yang berlaku dlam bidang politik, ekonomi dan sosial di Malaysia dan negara-negara lain di dunia sejak pramerdeka sehingga kini. Kepelbagaian artikel dalam buku ini menggambarkan adunan kepakaran yang terdapat di Jabatan Sejarah. 

Kandungan buku ini cuba menjejak sejarah dan evolusi pembinaan negara bangsa bagi kawasan yang dipilih sebelum kedatangan kuasa Barat, zaman selepas campur tangan, era kemerdekaan dan pascamerdeka. Perbincangan tentang tema Malaysia merangkumi prasejarah, sejarah perkembangan Islam, sejarah pembentukan dan pengukuhan negeri Melayu, kegiatan ekonomi orang Melayu, Cina dan India pada zaman pemerintahan British, sosioekonomi bandar Kuala Lumpur antara 1890-1914, penularan penyakit di Negeri-negeri Melayu, pendudukan Jepun, kesan Darurat 1948-1960, peranan Parti Perikatan dalam mencapai kemerdekaan dan peranan Tunku Abdul Rahman. 

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • RM30.00

Tags: Malaysia, Politics, Extremism and Education