Seksualiti dalam Novel Melayu | Mohd Zariat

Seksualiti dalam Novel Melayu | Mohd Zariat

Penerbit: Penerbitan UKM 

Penulis: Mohd Zariat Abdul Rani

Mukasurat: 515 mukasurat

Tahun terbitan: 2011

Bahasa: Bahasa Malaysia


Buku ini bertitik tolak daripada pengamatan yang mengenal pasti kecenderungan sastera Melayu masa kini terhadap seks dan seksualiti. Lebih signifikan lagi, kecenderungan ini timbul dalam kalangan sasterawan yang karya-karya mereka diiktiraf sebagai warisan bangsa yang bermutu tinggi. Mengiringi pengiktirafan ini ialah perakuan, pujian dan gelaran muluk-muluk yang kesemuanya mengejap persepsi bahawa karya-karya mereka itu menawarkan ilmu dan pemikiran yang mendalam dan kritis. Ini menimbulkan bebeberapa persoalan penting yang wajar ditangani secara serius. 


Pertama, apakah benar karya-karya ini menawarkan ilmu dan pemikiran yang mendalam dan kritis, sebagaimana yang diperagakan? Sekiranya benar, mengapakah pula seks dan seksualiti yang menjadi pilihan para sasterawan ? Berkaitan dengan itu, apakah sebenarnya fungsi seks dan seksualiti dalam karya-karya mereka? Dan apakah pula kerangka penilaian yang mendasari pengiktirafan terhadap karya-karya itu?


Seterusnya, dan dalam konteks yang lebih luas, apakah kecenderungan dan kerangka penilaian ini didasarkan kepada satu tradisi kesusasteraan yang berakar teguh, paling bermakna serta dapat berlaku adil terhadap sejarah, kebudayaan dan tamadun Melayu?


Buku ini berusaha merungkaikan persoalan-persoalan tersebut dengan memberikan perhatian besar terhadap peranan dan kedudukan epistemologi dalam kesusasteraan. 


MOHD ZARIAT ABDUL RANI, Ph.D merupakan professor Madya di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Bidang kepakaran beliau ialah teori dan kritikan sastera, dengan minat penyelidikan terhadap Islam, retorika fiksyen, gender dan seksualiti dalam kesusasteraan. 


Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Brand: Penerbit UKM
  • Product Code: 9789679429961
  • Availability: In Stock
  • RM65.00