Sesat (Affifudin Omar)

-20% Sesat (Affifudin Omar)

Penerbit :  Affifudin Omar

Halaman : 327 m/s

Penulis : Affifudin Omar

Tahun Terbitan : 2012


Abdul Rahim, bapa Adlin, ingin berkahwin lagi satu. Norain, ibu Adlin, tidak mahu menandatangani borang keredhaan untuk membolehkan Abdul Rahim berbuat demikian, walaupun dipujuk oleh anggota satu kumpulan dakwah. Abdul Rahim bertindak kasar dan menzalami Adlin dan ibunya, dan ini menyebabkan ibunya membawa Adlin dan dua adik-adiknya melarikan diri ke kampung asal di Kedah.

Ekoran dari peristiwa ini, proses sosialisasi Adlin terganggu kerana Norain ketiadaan masa yang cukup untuk anak-anaknya. Sementara menjadi ibu dan memainkan peranan bapa, dia juga bekerja sepenuh masa menjadi guru di satu sekolah menengah.

Akibatnya Adlin 'diasuh' oleh alam sorak-sorai muda-mudi yang hampir menyesatkan akidah Islamiahnya. Dia diumpan oleh satu kumpulan dakwah songsang agama Kristian, dengan seorang gadis jelita yanng berjaya memenangi hatinya. Di masa yang sama, bapanya, Abdul Rahim menyertai kumpulan dakwah songsang agama Islam yang menggalakkan poligami, semata-mata kerana hendak memuaskan nafsu syahwatnya yang tidak dapat dikawal oleh pengetahuan agama yang cetek.

Ikutilah liku-liku hidup dua beranak ini, dihanyut arus ajaran-ajaran yang menyeleweng dari agama-agama asal yang dibawa oleh Rasul-rasul Allah.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Brand: Afif Books
  • Product Code: 9789671071847
  • Availability: In Stock
This Offer Expires In:
  • RM22.00
  • RM17.60