Sheikh Ismail Lutfi : Penyebar Salam Dari Patani

Sheikh Ismail Lutfi : Penyebar Salam Dari Patani

Penerbit: Ilham Books

Penulis: Suraiya Chapakiya & Isma Ae Mohamad

Mukasurat: 293

Tahun terbitan: 2021

Bahasa: Bahasa Malaysia


Ejekan Busuk Tahi Unta, Hantu Kongkong, Bapak Wahabi dan bermacam  lagi dilemparkan ke atas usaha dakwah beliau, Ismail Lutfi yang dibesarkan di Mekah sentiasa meluncurkan senyuman dan mendahulukan salam dalam setiap pertemuan. Beliau yang digelar Penyebar Salam sering menemukan titik tengah dalam menghadapi perbalahan mahupun konflik yang berlaku.

Usaha beliau membangunkan universiti Islam di Patani telahpun bermula sewaktu beliau masih lagi bergelar penuntut ilmu di bumi Anbiya, ketokohan luar biasa beliau yang merentas zaman dapat dilihat pada waktu itu dengan ide-ide reformasi Islam.

Sheikh Ismail Lutfi: Penyebar Salam Dari Patani mencatat jerih payah dan masam manis kehidupan seorang permata dari Patani yang berjaya mengangkat wilayah itu menjadi serambi ilmu, dan merupakan pemimpin yang membawa suara umat, berkongsi impian dan inspirasi dalam usaha dakwah yang tiada noktah.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha
  • Brand: ILHAMBooks
  • Product Code: 9789671745427
  • Availability: In Stock
  • RM40.00

Tags: Memoir, Pendidikan, Islam