If you choose self-pickup, please wait until we email you when your order is ready. Due to overwhelming demand for Tommy Thomas's 'My Story: Justice in the Wilderness', we expect shipping delays. We apologise for any inconvenience.

Sokong Gerakbudaya! | Sokong Penerbit Swadaya!

Kebelakangan ini, Gerakbudaya mengalami pelbagai cabaran dan kesukaran. Dengan kemelesetan industri buku yang berlaku dan ditambah pula dengan penularan COVID-19 merupakan cabaran terbesar yang pernah kami hadapi. Akan tetapi kami akan tetap berjuang melalui kempen SOKONG GERAKBUDAYA, SOKONG PENERBIT SWADAYA! Jualan buku ini bermatlamat untuk menjanakan RM250, 000 untuk kami terus membiayai penerbitan dan khidmat pengedaran buku-buku penting ke seluruh negara. 


Anda boleh pilih di antara dua jenis set yang berharga RM50. Dalam set yang pertama, anda boleh memilih 3 judul buku (3 Buku) untuk RM50 manakala set kedua anda boleh memilih 5 judul (5 Buku) untuk RM50. 


Kawan-kawan dan sahabat-sahabat serta semua pencinta buku, kami sangat-sangat memerlukan sokongan dan bantuan anda untuk kami terus bernafas.


Ayuh Sokong Buku Tempatan!


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ditubuhkan pada 2000, Gerakbudaya (dan imprint SIRD) merupakan antara penerbit swadaya (tempatan) tertua di Malaysia, dan secara konsisten menjadi penerbit dan pengedar buku-buku yang merangkumi kesedaran sosial. perspektif kritis dan alternatif, serta kajian sejarah Malaysia dan Asia Tenggara. Selama 20 tahun, kami telah berusaha untuk menyebarkan ilmu yang bermutu dan informasi yang benar, serta memupuk pemikiran kritis dan berdikari, bukan sahaja melalui buku tetapi juga melalui diskusi, seminar, bengkel, forum dan lain-lain acara yang dijalankan di premis kami, tempat-tempat lain dan secara virtual. 

Your shopping cart is empty!