Sumpah
Click Image for Gallery
Kerana desakan hidup, Lela Palatute yang
baru berusia 12 tahun telah dikahwinkan dengan seoranglelaki yang jauh lebih tua
oleh ibunya sendiri. Dia kemudian terpaksa menjalani kehidupan sebagai seorang isteri
dalam sebuah bangle mewah yang diwarisi suaminya, jauh dari kehidupan lamanya sebagai
remaja yang masih bersekolah.
Semasa menerokai bangle itu dan kawasan sekitarnya,
dia telah bertemu seorang wanita tua yang mahu membunuhnya serta makhluk misteri
di dalamloteng yang sering mengikutnya kemana-mana. Enggan terus hidup diselubungi
misteri, Lela merancang cara untuk kembali kepada kehidupan asalnya dan keluar daripada
malapetaka yang sedang berlaku.