If you choose self-pickup, we will email you when your order is ready. We usually take 2 to 3 days to process your order. Thank you! ♥️

Tari Minangkabau : Dari Pancak dan Pameran ke Tari Persembahan

Tari Minangkabau : Dari Pancak dan Pameran ke Tari Persembahan

Penerbit :University Malaya Press

Tahun Terbitan : 2017

Halaman : 260 m/s

Penulis : Indra Utama 

Buku ini menyajikan hal-hal yang menarik sebagai hasil kajian yang mendalam tentang kewujudan tari Minangkabau yang bermula dari kegiatan pancak sebagai ilmu bela diri orang Minangkabau sehingga menjadi asas kepada pergerakan tarik yang memanifestasikan budaya Minangkabau. 

Uniknya, kegiatan pancak secara tradisionalnya merupakan aktiviti kaum lelaki Minangkabau. Tetapi kemudian menjadi Tari Minangkabau malah dikuasai pula oleh kaum perempuan sehingga masa kini. 

Hoerijah Adam, koreografer yang pertama kali mencipta tari Minangkabau berdasar usaha hibrditi. Manakala pada dekad selanjutnya, Gusmiati Suid, muncul sebagai koreografer yang memperkasakan kewujudan seni tari Minangkabau di pentas tari dunia berdasarkan eksplorasi pergerakan pancak. 

Buku ini tidak hanya penting dari segi penemuan yang menarik, tetapi juga mengandungi informasi yang kaya tentang perkembangan tari Minangkabau dan sebagai tari persembahan yang menampilkan budaya Minangkabau masa kini. 

Bagi masyarkat Minangkabau, proses hibriditi di dalam bidang tari persembahan dianggap sebagai hal yang baik kerana dapat membuka peluang baru kepada peminatnya untuk mencapat prestasi di bidang tarian persembahan. Dengan itu, masyarakat Minangkabau dapat menerimanya sebagai mana mereka menerima sesuatu perubahan ibarat pepatahnya "sakali aie gadang, sakali tapian barubah"

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • RM56.00

Tags: Malaysia, Politics, Extremism and Education