Tarikh Kuala Kubu 1780-1931

New Tarikh Kuala Kubu 1780-1931

"Kewujudan pekan yang baru tentulah ada sesuatu yang menyebabkan pekan yang lama ditinggalkan. Itulah keunikan Kuala Kubu, sebuah pekan dipertemuaan dua batang sungai yang mempunyai sejarah yang cukup panjang dan masih dijalankan kajian sehingga kini. Kisah lagenda buaya putih menjadi lipur lara turun temurun. Nama-nama tempat seperti Ampang Pecah, Buluh Telor, Peretak dan Sangka Dua pula menyimpan sejarah yang terdiri."

- Mohd Fauzi Bin Mohd Yatim - 

  Pegawai Daerah Hulu Selangor 


"Kuala Kubu merupakan sebuah bandar baru yang dibina oleh pihak British bagi menggantikan Kuala Kubu lama yang musnah akibat banjir besar pada 1883 dan 1926. Pelan pembangunan Bandar Kuala Kubu Bahru ini telah disediakan oleh perancang bandar pertama yang dilantik di Tanah Melayu iaitu Charles Compton Raede. Beliau telah mengaplikasikan konsep bandar dalam taman yang dipelopor oleh Sir Ebenezer Howard. Ini menjadikan Kuala Kubu Bahru sebagai bandar dalam taman pertama dirancang oleh perancang Bandar dan Bandar pertama dirancang menggunakan konsep dalam taman di Malaya ketika itu. Sehingga hari ini Kuala Kubu terus dikenali dan dirujuk sebagai Bandar Terancang Dalam Taman Pertama di Malaysia."

- Mohamad Zain Bin A Hamid, P.P.T - 

   Yang DiPertua

   Majlis Daerah Hulu Selangor 


"Tarikh Kuala Kubu 1780-1931 akan membingkai kenangan yang berkekalan kepada setiap yang pernah menjejak kaki ke Kuala Kubu Bahru. Buku ini mempotretkan peristiwa-peristiwa yang akan berlaku sebagaimana mempotretkan kenangan dalam hidup. Yang silamlah membentuk bagaimana hari ini."

- Lee Kee Hiong -

   Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor

   Kawasan Kuala Kubu Bahru 

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Product Code: 9789671439500
  • Availability: In Stock
  • RM80.00