Tokoh dan Akhbar Melayu: Penebus Peminggiran Melayu

Tokoh dan Akhbar Melayu: Penebus Peminggiran Melayu

​​Buku ini menukilkan kisah tokoh wartawan yang memainkan peranan sebagai penebus peminggiran Melayu melalui akhbar. Mereka membangunkan minda Melayu melalui tulisan yang membangkitkan semangat juang, jati diri, cita-cita, pemikiran, idealisme, penyesalan tragedi, dan penyampai berita tentang pembinaan negara-bangsa. Abdullah Munsyi diperkenalkan sebagai seorang tokoh wartawan dan sasterawan yang pernah bertugas sebagai editor majalah Bustan Arifin (1821-1822), majalah pertama yang diterbitkan berbahasa Melayu. Tokoh wartawan lain turut dipaparkan sebagai jurubicara yang membangkitkan kisah jerih perit yang dihadapi dalam dunia pendidikan, ekonomi dan kedudukan sosial orang Melayu di tanah air sendiri. Tidak hairanlah jika ada di kalangan wartawan yang turut terjun ke dalam kancah politik demi perjuangan. lbrahim Yaacob meniup semangat kebangsaan Melayu melalui penyatuan hati Malaya dengan jiwa Indonesia yang merupakan satu gagasan besar. Namun, landskap minda di sekelilingnya telah berubah rentak dan. membataskan cita-cita jiwa politiknya, dan akhirnya beliau bergiat di Indonesia. Dato' Onn Jaafar yang memulakan kerjayanya sebagai wartawan, akhirnya menjadi tokoh politik yang hebat menubuhkan parti UMNO. lshak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam, tokoh politik berhaluan kiri dan revolusioner berjuang sebagai wartawan. Abdul Rahirn Kajai dan A. Samad lsmail ialah wartawan sejati yang sangat menonjol dan turut berpolitik di belakang tabir. Sejarah mencatatkan hakikat dan realiti yang berwarna-warni yang akhirnya ditafsirkan oleh khalayaknya

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Brand: Penerbit UKM
  • Product Code: 9789679429152
  • Availability: In Stock
  • RM20.00

Tags: BIOGRAFI AMINUDDIN BAKI : ARKITEK PENDIDIKAN NEGARA, MEMOIR KHATIJAH SIDEK: PUTERI KESATERIA BANGSA, MEMOIR HAMZAH HUSSIN : DARI KERIS FILEM KE STUDIO MERDEKA