Tuan Guru Dato' Dr Haron Din : Kejora Di Langit Malam | Dr Riduan Mohamad Nor

-25% Tuan Guru Dato' Dr Haron Din : Kejora Di Langit Malam | Dr Riduan Mohamad Nor

Penerbit : Jundi Resource

Tahun Terbitan : 2016

Mukasurat : 204


Arca yang berdiri memantulkan seribu keteladanan di jalan dakwah, itulah biodata hidupnya adalah pantulan berkilau buat rujukan para pendakwah tanah air, juga petunjuk teladan buat penegak perjuangan Islam. Rumusan yang boleh kita nukilankan dalam keseluruhan segmen hidup tokoh ini ialah, tiada istilah berehat daripada perjuangan dan dakwah. Jauh daripada sikap berputus asa dan apologetik dalam memartabatkan Islam sebagai manhaj kehidupan. 


Sosok ulama yang tak kenal makna mementingkan diri sendiri, sentiasa berbahagi dan berkongsi. Selagi ada kudrat dan keringat, selagi ada ilmu dan hikmah, maka selagi itulah jalan ditempuh berhampar ibtilak dan mehnah bagi menyampaikan dakwah. 


Almarhum Tuan Guru Dr Haron Din adalah simbol penyatuan umat Islam serta lambang kerendahan hati menyulam budi. Tampangnya yang sederhana, ikhlas, menepati masa, tenang, tawaddhu ', warak dan teku n berteleku di sejadah menjadi ingatan kolektif kita semua, abnaul harakah dan anak muridnya yang setia. 


Buku ini diluncurkan untuk memperingati sosok besar dunia dakwah di tanah air kita, Tuan Guru Dr Haron Din yang telah kembali ke rahmatullah pada 16 September 2016. Maestro dakwah ini memberikan seluruh kehidupannya untuk ilmu dan juga berbakti kepada masyarakat. Almarhum mempunyai dimensi kehidupan yang sangat menarik, bukan sahaja diiktiraf dalam gerakan Islam sebagai Mursyidul Am namun kebaktiannya telah melangkaui garisan politik. Sangat istimewa apabila kematiannya dirasai oleh semua pihak, istana, pemain politik kerajaan dan oposisi serta rakyat jembel yang merasa almarhum sangat dekat dengan mereka. 

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Brand: JUNDI Resources
  • Product Code: 9789675968662
  • Availability: In Stock
This Offer Expires In:
  • RM25.00
  • RM18.75