If you choose self-pickup, we will email you when your order is ready. We usually take 2 to 3 days to process your order. Thank you! ♥️

Ugama Islam & Akal | Syed Syeikh Alhadi

Ugama Islam & Akal | Syed Syeikh Alhadi

Penerbit :  Malaha Press

Halaman : 183 m/s

Penulis : Syed Syeikh Alhadi

Tahun Terbitan : 2017


Bermula agama Islam ini ialah benar dan kekal bagi bersetuju dengan akal orang-orang yang berakal di dalam tiap-tiap masa mereka itu menyelidik dan memeriksa dengan halusnya akan tiap-tiap sesuatu kehendak dan tujuan tiap-tiap sesuatu suruhan dan tegahannya yang terkandung di dalamnya bagi faedah-faedah kehidupan manusia di dalam tiap-tiap masa dan kaum bangsa.

Agama Islam ini ialah agama yang terkandung segala hukum-hukumnya di alam Qur’an yang dibawa oleh Sayyidina Muhammad SAW dan yang meliputi segala jenis kebajikan kehidupan dunia dan akhirat, kerana kehendak Tuhan yang menurunkan agama ini ialah mengeluarkan manusia daripada gelita kesesatan kepada cahaya petunjuk dan membawa sekalian manusia kepada perjalanan yang mulia dan terpuji, iaitulah perjalanan yang sangat-sangat lurus.

Bermula adalah bagi agama Islam ini beberapa kelebihan dan kegunaan, maka kita sebutkan di sini setengah daripada apa-apa yang terlebih senang bagi pembaca memahamkannya dan terlebih dahulu mengambil pengertian daripadanya dan terlebih umum pula faedahnya.

Dan kita bahagikan di dalamnya kepada beberapa fasal kelebihan dan kegunaan bagi menyenangkan pembaca memahamkan satu persatu daripada kelebihan dan kegunaannya itu.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Product Code: 9789671422137
  • Availability: In Stock
  • RM25.00