Akar Bangsa: Budaya, Naratif dan Identiti

-10% Akar Bangsa: Budaya, Naratif dan Identiti


WAJIB BACA - rampaian tulisan yang wajib dibaca oleh anak semua bangsa. Pandangan, pengalaman dan ide seorang pemikir bangsa. Setuju atau tidak dengan fikrah Muhaimin Sulam adalah tanda pendemokrasian. Tanda percambahan fikrah. Sebuah buku yang telah disusun adalah himpunan pengalaman sosok pemikir bangsa untuk sesama kita jadikan rujukan. Mari bersama kita rayakan budaya ilmu!

Hishamuddin Rais (Pengarah Filem, Aktivis Demokrasi dan Penulis)



Tidak ramai aktivis berbicara, apatah lagi menulis, isu-isu budaya dan kebudayaan. Orang politik belum tentu jelas ruang lingkup budaya dan kebudayaan itu dalam konteks negara, kuasa dan demokrasi. Walau tidak ramai aktivis yang bersedia mengupasnya, Muhaimin Sulam antara ahli politik yang berani membawa wacana ini. Tulisan-tulisannya ibarat mutiara fikiran dalam kekalutan bicara politik Malaysia. Ia menawarkan sisi-sisi pandang yang wajar ditekuni oleh aktivis, penggubal dasar dan birokrat dalam perjalanan bangsa menjadi bebas dan merdeka

Fathi Aris Omar (Editor Portal Berita dan Penulis)

Format
Author Muhaimin Sulam
Cover Paperback
Pages 214
Published 2019

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha
  • Brand: ILHAMBooks
  • Product Code: 9789672007272
  • Reward Points: 1
  • Availability: In Stock
  • RM35.00
  • RM31.50

Tags: Muhaimin Sulam, bangsa, Budaya, Malaysia, Malay