Akar Umbi: Kisah Perjuangan Rakyat Menentang Ketamakan Kapitalis
'Akar Umbi: Kisah Perjuangan Rakyat Menentang Ketamakan Kapitalis' menceritakan 15 buah perjuangan orang-orang kecil di peringkat akar umbi. Kisah-kisah ini harus jadi inspirasi untuk perjuangan kini dan akan datang malahan menjadi satu tatapan atau rujukan untuk memperkasakan lagi rakyat demi membawa perubahan tulen.
Aktivis-aktivis PSM telah melibatkan diri dalam perjuangan rakyat sejak 70-an namun ‘mendokumenkan’ kisah-kisah perjuangan ini, oleh kerana itu PSM memutuskan untuk menyusun kesah perjuangan akar umbi dan terbitkanya mengikut jilid.
PSM telah menerbitkan beberapa buku perjuangan rakyat akar umbi dalam tempoh satu dekad. Antaranya ialah 'Braemar: Bila Perempuan Tua dan Anak Muda Bangkit', 'Bila Singa Ditumpaskan: Kemenangan Pekerja Brooklands', 'Kuasa Rakyat Menang di Kg. Chekkadi' dan sebagainya. Usaha untuk mengarang buku-buku ini adalah untuk menerbitkan sejarah perjuangan rakyat, sejarah kemenangan rakyat dan sejarah rakyat biasa yang mesti didokumenkan dan diberitahu kepada generasi yang akan datang.
Format | |
Editor | D. Letchimi Devi |
Pages | 123 |
Published | 2019 |