If you choose self-pickup, we will email you when your order is ready. We usually take 2 to 3 days to process your order. Thank you! ♥️

Cerita Rakyat Orang Melanau

-0% Cerita Rakyat Orang Melanau
Terdapat banyak kisah mengenai buaya yang mengganas di sungai-sungai di Sarawak. Tiada satu cerita pun yang menggambarkan buaya sebagai binatang yang tidak memusuhi manusia. Tetapi suatu waktu dahulu, orang Melanau percaya bahawa buaya tidak mendatangkan bahaya kepada manusia. Dalam cerita rakyat orang Melanau, buaya boleh menanggalkan kulitnya dan bertukar rupa menjadi manusia. Nama “manusia buaya” dalam cerita ini ialah Radin dan Bujang. Bagaimanapun, seorang lelaki yang tamak dan tidak jujur telah mengkhianati kepercayaan Radin dan Bujang apabila dia bertindak membakar kulit buaya mereka. Bila dia diminta melompat ke dalam sungai untuk mengambil habuan emas, dia telah dibaham oleh buaya yang berkumpul dengan banyaknya kerana terbau kulit yang telah dibakar. Sejak itu, buaya menjadi musuh manusia.

'Putera-putera Buaya' ialah salah satu daripada sembilan cerita rakyat yang terkandung dalam buku ini. Bacalah cerita tentang Tugau, pahlawan Melanau termasyhur; kenapa orang Melanau mempercayai pokok sagu itu pokok kehidupan; bagaimana bandar Dalat di tebing Sungai Oya mendapat namanya; dan kenapa kita mesti berbudi bahasa; walaupun terhadap orang bunian — seperti yang diceritakan oleh orang tua-tua Melanau kepada Heidi Munan.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • RM10.50
  • RM10.50

Tags: Kajian Etnik, Sains Sosial, Culture, Folklore, Indigenous, Melanau, Sarawak