Koridor Kuasa | O2 Malaysia

Koridor Kuasa | O2 Malaysia

Penerbit: O2 Malaysia

Penulis: Amirul Alif, Muzammil Khairi, Anis Anwar, Syairazie Kasyfi, Dira Abu Bakar

Mukasurat: 287

Tahun terbitan: 2020


Buku ini adalah sebahagian daripada pemetaan kronologi peristiwa yang mewarnai arena politik tanah air daripada sebelom PRU 14 sehingga kepada kewujudan Parti Perikatan Nasional (PN). Selain itu, buku ini mengalisis secara rapat 22 bulan pemerintahan PH daripada janji-janji pilihanraya, urus tadbir kerajaan dan cabaran krisis dalaman di antara 3 gabungan parti dalam perebutan kerusi panas Perdana Menteri Malaysia. Buku ini juga membawa anda untuk melihat dengan lebih dekat kerjasama politik kepembangkangan sewaktu PH menjadi kerajaan sehingga berjaya di terjemahkan bermula daripada PRK Cameron Highland sehingga ke PRK Kimanis Sabah. Keintiman UMNO PAS semakin kuat pasca PRU-14 dan kerelevanan perjuangan berpaksikan bangsa, bertiangkan agama telah menjadi satu proses rejuvenasi demi survival sebuah parti keramat orang Melayu. Bermula dengan menerima hakikat kekalahan PRU-14, UMNO terus belajar bertatih untuk bangkit dalam proses pemulihan imej supaya UMNO kekal releven untuk rakyat. Peristiwa langkah Sheraton dan perletakan jawatan Tun M daripada kerajaan dirangkumkan dengan inklusif dalam buku ini. Selain itu, kelahiran Perikatan Nasional (PN), perpecahan PPBM dan perlantikan PM ke-8 T.S Muhyiddin Yassin dibahaskan dalam kerangka pemetaan politik baru disamping tidak mengenepikan persoalan kepimpinan dan kelangsungan politik Melayu pasca tahun 2020.


Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Product Code: 9789671848708
  • Availability: In Stock
  • RM40.00