Mimpi Berahi Di Lorong Labu : Cerpen-Cerpen Terpilih Yeh Shih-Tao
Yeh Shih-Tao (1 No 1925 - 11 Dis 2008) dilahirkan dan dibesarkan di Tainan, Taiwan. Beliau merupakan seorang pengkritik sastera, penyelidik sejarah sastera dan novelis terkenal dalam kesusasteraan kontemporari Taiwan. Beliau juga menggunakan nama pena lain speerti Zheng Zoujin, Deng Shirong, Ye Songling, Zhou Jinman, Xu Dunli, Qiu Suzhen, Lao Qing, Ying Zhen, Li Chun dan lain-lain. Pada tahun 1999, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Cheng Kung dan kemudian menjadi profesor di Jabatan Kesusasteraan Taiwan.
Yeh Shih-tao telah menulis selama lebih daripada 60 tahun dan telah menerbitkan lebih daripada 100 buku termasuk penulisan kreatif, terjemahan, kritikan dan kajian sastera. Karya "Garis Kasar Sejarah Sastera Taiwan" adalah karya sejarah sastera Taiwan pertama sekali dikarang oleh warga Taiwan.
Format | |
Cover | paperback |
Editor | Fan Pik Wah & Chen Yi-Yuan |
Published | 2019 |