Memoir Hamzah Hussin : Dari Keris Filem Ke Studio Merdeka

Memoir Hamzah Hussin : Dari Keris Filem Ke Studio Merdeka

Hamzah Hussin, lebih mesra dengan panggilan Pak Hamzah ketika hayatnya, merupakan salah seorang daripada pengarang yang menggagaskan penubuhan ASAS50 bersama-sama Keris Mas, Jymy Asmara, dan Asraf; telah mula menulis cerpen sejak dari tahun 1947 hingga ke tahun 1968. Beliau juga terkenal sebagai wartawan dan tokoh perfileman Melayu yang tidak asing lagi. Dalam tempoh tersebut beliau telah menghasilkan tujuh buah novel, iaitu Tarikh Berlari Liar (1949), Di Mana Terbitnya Si Matahari (1950), Rumah Itu Dunia Aku (1951), Pemburu ke Rumah (1952), Samseng (1956), Hujan Air Mata (1958), dan Rumah Kosong (1965). Selepas meninggalkan ASAS50, beliau menubuhkan Persatuan Angkatan Persuratan Melayu baru yang berlandaskan 'seni untuk seni'. Hamzah Hussin kemudian terjun ke dunia perfileman sebagai perunding pembikinan filem selain menjadi penulis berpuluh skrip. Beliau meninggal dunia pada 21 April 2007 pada usia 80 tahun kerana sakit tua di rumahnya di French Road, Singapura.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Brand: Penerbit UKM
  • Product Code: 9789679423600
  • Availability: In Stock
  • RM17.50

Tags: BAHASA MELAYU BAHASA UNIVERSAL, GERAKAN KIRI MELAYU DALAM PERJUANGAN KEMERDEKAAN