Antagonis by Irsyad Tarudin (Buku Fixi)
Tajuk:
ANTAGONIS
Penulis:
Irsyad Tarudin
ISBN:
9789672328995
Bil
mukasurat: 300
Harga:
RM24.90
Sinopsis:
Hisyam
Ahmad telah bercita-cita untuk menjadi penulis novel sejak kecil lagi. Pun
begitu, seperti mana dugaan seseorang untuk mencapai kejayaan, halangan
terbesar sudah pastilah dirinya sendiri. Sikap selalu berlengah dan lebih suka
bermain game berbanding menulis
membuatkan impiannya tampak samar-samar untuk dicapai.
Namun
pada suatu hari, dia terbangun dari tidur dan menyedari bahawa dia berada di
dalam sebuah rumah agam yang asing. Menurut butlernya, Alfred, Hisyam baru
terjaga dari koma selepas mengalami kemalangan beberapa bulan lalu. Akibat
kemalangan itu, Hisyam langsung tidak ingat yang dia kini sudah bergelar
penulis terkenal.
Hisyam
cukup gembira kerana mimpinya sudah menjadi kenyataan. Namun apabila
watak-watak dalam novel tulisannya mula muncul satu demi satu dan melakukan
kemusnahan, Hisyam tahu ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku.