ALGOJO by Sri Rahayu Mohd Yusop (FIXI)

-20% ALGOJO by Sri Rahayu Mohd Yusop (FIXI)

Penerbit :  FIXI

Halaman : 300 m/s 

Penulis : Sri Rahayu Mohd Yusop

Tahun Terbitan : 2020


Tugasan pertama Badriya dan Mateen selepas menamatkan latihan di Akademik PASAK (Pasukan Sekuriti Anggota Kerajaan) adalah sebagai pengawal peribadi kepada para menteri kabinet. Badriya bertanggungjawab menjaga keselamatan YB Ahmad Siddiq, Menteri Alam Sekitar & Teknologi Hijau yang baru dilantik selepas pilihan raya umum yang lalu. Ketika menjadi tetamu, sebuah rancangan bual bicara dengan hos Zehra Matthews, Ahmad Siddiq telah diserang oleh teman lelaki selebriti itu. Walaupun Badriya berjaya mengawal keadaan, pihak pengurusan PASAK memutuskan untuk memasukkan Matten dalam pasukan keselamatan Ahmad Siddiq sebagai anggota sokongan. 


Selepas Ahmad Siddiq mengambil alih tugas sebagai menteri, dia menemui maklumat penyelewangan dana kerajaan bernilai RM1 billion oleh bekas menteri terdahulu, YB Khir Jauhary . Didorong oleh persahabatannya dengan Badriya yang selalu mengingatkan agar dia menjaga integritinya, Ahmad Siddiq telah bersemuka dengan Khir Jauhary. Risau segala kegiatan jahatnya akan terbongkar, Khir Jauhary meminta khidmat ALGOJO, organisasi pembunuh upahan untuk menghapuskan Ahmad Siddiq. Selepas satu kemalangan yang menimpa pasukan mereka, Badriya dan Mateen kini sedar bahawa mereka sebenarnya berhadapan dengan halangan yang lebih besar dari yang dijangka. 

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Brand: Fixi
  • Product Code: 9789672328216
  • Availability: In Stock
This Offer Expires In:
  • RM19.90
  • RM15.92

Tags: Kota by Kamalia