Dari Dialog Menuju Hidup Damai Bersama
Click Image for Gallery
Islam telah meletakkan prinsip-prinsip yang jelas sebagai asas pembinaan masyarakat yang sejahtera iaitu prinsip hidup bersama secara aman atau harmonis (al-ta'dyush al-silmi). Prinsip ini mampu menyediakan kerangka bagi mengatur secara positif keragaman yang wujud dalam masyarakat manusia termasuk kepelbagaian agama, bangsa, budaya dan membendungnya dari menjadi sebab perselisihan dan permusuhan.
Perbahasan dalam buku Dari Dialog Menuju Hidup Damai Bersama lebih tertumpu kepada peralihan dari dialog antara agama ke hidup secara damai dengan latar masyarakat yang rencam. Model Fiqh al-Ta'ayush berorientasikan Malaysia perlu dijadikan model ke seluruh dunia dalam mempromosikan keamanan dan kesejahteraan.
Format | |
Author | Abdul Hamid Ismail |
Cover | Paperback |
Pages | 37 |
Published | 2019 |