Hantar Manuskrip (BM)



Gerakbudaya dan SIRD terus komited dan bekerja dengan penuh dedikasi bagi menerbitkan pelbagai judul buku yang menarik dan kritikal untuk tatapan pembaca di Malaysia.

 

Hasrat kami sebagai penerbit adalah untuk sentiasa memberi nilai tambah yang penting kepada wacana intelektual dan kreatif dalam masyarakat. Kami menzahirkan hasrat ini melalui penghasilan dan penerbitan karya-karya dari penulis muda dan tua yang mengulas dan memperdalam lagi pemahaman masyarakat akan isu-isu nasional. Melalui pemahaman ini kami berharap akan lahir warga Malaysia yang kritikal dan bersedia untuk turut serta dalam memperbaiki keadaan masyarakat sekeliling mereka.

 

Lumrahnya karya-karya intelektual dan kreatif berbahasa Melayu masih boleh dipertingkatkan. Ayuh, kita bersama-sama berganding bahu, dengan semangat yang progresif dan kritikal, untuk bekerja bagi meningkatkan lagi kualiti wacana dan budaya membaca di Malaysia.

 

Sila hantar manuskrip anda serta butiran berikut kepada [email protected]

menggunakan subjek e-mel Manuskrip [Judul] [Nama]:

 

Hantar manuskrip lengkap atau beberapa bab yang dirasakan cukup untuk penilaian di dalam satu fail bukan berasingan.

Biografi penulis atau CV;

Maklumat tentang perbezaan antara manuskrip anda dengan buku-buku lain di pasaran, dan idea-idea promosi;

Rangka manuskrip (1–2 mukasurat sahaja);

Jumlah patah perkataan, termasuk nota dan lampiran;

 

Manuskrip hendaklah dihantar dalam Word format, PDF tidak diterima.

 

Sila maklum bahawa kami menerima banyak manuskrip dan mungkin tidak sempat membalas emel anda jika manuskrip anda tidak menepati piawaian. Semoga berjaya!