Idea-Idea Melayu Tentang Pembangunan: Daripada Pembesar Feudal Kepada Kapitalis

Idea-Idea Melayu Tentang Pembangunan: Daripada Pembesar Feudal Kepada Kapitalis


“Buku ini – yang asalnya diterbitkan pada 1988, dan baru kini muncul dalam bahasa Melayu – sewajarnya diiktiraf sebagai sebuah klasik. Ia merupakan satu kajian perintis sejarah idea dalam konteks masyarakat Melayu – satu pengamatan pemikiran Melayu tentang ‘pembangunan’, meliputi zaman sebelum penjajahan sehingga era negara moden pasca merdeka.

“Meskipun berjudul sederhana, Idea-idea Melayu tentang Pembangunan berwawasan tinggi dalam jangkauan, bermula dengan satu analisis tulisan-tulisan dari kesultanan (atau kerajaan) yang akhirnya jatuh kepada kekuasaan British dan Belanda pada abad ke-19, dan berakhir dengan pemikiran politik perdana menteri-filsuf, Mahathir Mohamad.”

Anthony Milner

Profesor Basham dalam Sejarah Asia, Universiti Nasional Australia



“… jika kita kaji idea-idea pembangunan itu sendiri seperti dianjurkan oleh berbagai kumpulan, kita akan melihat betapa mereka dipengaruhi oleh keadaan-keadaan sejarah dan konteks tertentu. Dengan memahami kenyataan ini, dapatlah kita lebih berhati-hati dalam memilih, menyaring dan menilai idea-idea, mana yang berguna untuk membangunkan masyarakat Melayu dan mana pula yang sebenarnya menghalang atau menggelincirkannya dari landasan.”

Shaharuddin Maaruf

Format
Author Shaharuddin Maaruf
Cover Paperback
Pages 251
Published 2020

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Brand: SIRD
  • Product Code: 9789672165897
  • Reward Points: 1
  • Availability: In Stock
  • RM35.00
  • Price in reward points: 35

Tags: Idea-Idea Melayu, Feudal, Kapitalis, Shaharuddin Maaruf