Katarsis

Katarsis
Author: Anastasia Aemilia
New Pb261 pp.
Subjects: Fiction, Indonesia
Condition: Good
Publisher: Buku Fixi
Published: 2013
Mula-mula diterbitkan oleh Gramedia Pustaka Utama, Jakarta pada April 2013

Tara, gadis berusia 18 tahun, satu-satunya saksi dalam jenayah tragis di rumah pakciknya di Bandung, Indonesia. Ketika ditemui, dia dikurung di dalam kotak perkakas kayu dalam keadaan trauma. Dan semasa penyelidikan polis, satu demi satu petunjuk mula menampakkan keganjilan.

Dr. Alfons ialah psikiatris yang berusaha membantu Tara. Ia tidak mudah. Ada sesuatu dalam masa lalu Tara yang disembunyikan gadis itu dengan sangat rapat. Namun sebelum hal itu terdedah, muncul Ello — jejaka yang pernah menjadi kawan Tara semasa mereka kecil.

Serentak dengan kemunculan Ello, polis berhadapan dengan kes pembunuhan bersiri yang melibatkan kotak perkakas kayu seperti yang dipakai untuk mengurung Tara. Adakah Tara hanya mangsa atau dia menyembunyikan jejak masa lalu yang gelap?

Biodata Penulis:
Anastasia Aemilia lahir di Jakarta, 9 Januari 1987. Setelah memperolehi ijazah Fakulti Keguruan dan Ilmu Pendidikan Bahasa Inggeris di Universiti Katolik Atmajaya Jakarta, beliau bekerja sebagai editor, penterjemah, dan pengarang di Gramedia Pustaka Utama. Bercita-cita hidup seperti nomad, menjelajah dunia, dan menjadi travel writer, dia berubah arah menulis novel psycho-thriller. Katarsis ialah novelnya yang pertama.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Brand: Fixi
  • Product Code: 9789670374413 – Katarsis
  • Availability: In Stock
  • RM18.90

Tags: Anastasia Aemilia, Buku Fixi, Indonesia