Hikayat Nabi Yusuf by Muhammad Labai

-20% Out Of Stock Hikayat Nabi Yusuf by Muhammad Labai
Naskah asal 'MSS Malay D4', disimpan dalam British Library, London. Disalin dalam Melayu Jawi oleh Muhammad Labai di Perlis, 1802. Transliterasi ke Melayu Rumi oleh Arsyad Mokhtar, 2018. Subjek: Manuskrip, Sejarah, Islam, Malaysia Keadaan: Bagus Penerbit

Manuskrip asal Hikayat Nabi Allah Yusuf ini ditulis oleh Muhammad Labai/Lebai di Perlis pada 1802. Ia kini disimpan di British Library, London.

Kisah Nabi Yusuf a.s. memang masyhur seperti yang didapati dalam Al-Quran dan kitab-kitab Kristian dan Yahudi. Selain itu, hikayat ini juga kelihatannya cuba menyesuaikan latar kisah dengan suasana tempatan seperti nasi sebagai makanan dan harimau ganti serigala.

Eloklah difahami tentang hikayat itu sendiri dalam tradisi bangsa Melayu umumnya. Hikayat berasal daripada bahasa Arab bermaksud cerita. Kerana itu kita dapati sesebuah hikayat biasanya dimulai dengan kata, “Konon”“Kata sahibul hikayat”“dikonon orang” dan yang sejenisnya. Ini perlu dijelaskan agar tidak ada yang menerima bulat-bulat dan tidak juga menolak mentah-mentah. Kebiasaan hikayat memang bercampur aduk antara kisah yang benar dan rekaan.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Stock Status

You can assign custom blocks with custom messages on Out of Stock products only.

  • Brand: Fixi
  • Product Code: 9789672128380
  • Availability: Out Of Stock
This Offer Expires In:
  • RM20.00
  • RM16.00

Tags: 1802, Arif Rahman Othman, Arsyad Mokhtar, British Library, Budaya Melayu, Fixi Retro, Hikayat, Islam, London, Melayu, Muhammad Labai, Nabi Yusuf, Nusantara, Qur'an, Sejarah