Sepetang Di Busan

Sepetang Di Busan
Penulis: Ahmad Bin Abdul
196 m/s
Subjek: Korea, Travel
Kondisi: Bagus
Penerbit: Fufu Terbit
Tahun: 2016
Saya tidak pernah faham mengapa saya ingin datang sekali lagi ke negara Korea dan menyusahkan diri dengan terpaksa makan makanan yang pedas dan berbau masam seperti ini. Orang yang fanatik dengan Korea berpusu - pusu makan di restoran - restoran Korea di Kuala Lumpur, sedangkan saya pula sangat berharap agar saya tidak perlu lagi menghadap makanan seperti ini.

Apalah sangat yang hendak diceritakan jika saya pergi melancong ke Korea dalam masa satu minggu. Ada orang Malaysia yang belum sampai satu minggu di Korea, sudah kerinduan makanan Malaysia. Ada juga yang sudah tidak tahan kerana terpaksa makan mi segera. Apa lagi yang menahan diri dari pergi ke tandas awam. Itu baru sahaja satu minggu.

Saya terpaksa tinggal di sini bertahun - tahun lamanya. Semua kesusahan yang dialami oleh pelancong, saya anggap picisan semata - mata.

Adakah ini sebuah travelog?

Tidak, ini sebuah catatan kehidupan seorang yang kelaparan.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha
  • Brand: Fufu Terbit
  • Product Code: 9789671432709 – Sepetang Di Busan
  • Availability: In Stock
  • RM25.00

Tags: Fufu Terbit, Korea, travelog