Gerakbudaya Bookstore PJ is closed on 26 and 27 December 2019 for our annual stocktake. We open as usual, 10AM to 7PM from 28 December onwards. For gerakbudaya.com orders made between 25 December 2019 and 1 January 2020,we will ship them beginning 2 January. If you have questions, please contact emarketing@gerakbudaya.com or WhatsApp +60 10-215 8342.

Lelaki Yang Tak Punya Apa-Apa Untuk Dipersia

Lelaki Yang Tak Punya Apa-Apa Untuk Dipersia
Penulis: Hasrul Rizwan
Subjek: Fiksyen, Malaysia
Keadaan: Bagus
Penerbit: Roman Buku
Tahun: 2017

247 muka surat
Kehidupan Monet berubah setelah keretanya melanggar seorang gadis bergaun merah ketika pulang dari kerja. Di dunia yang dihuni Monet, orang yang dibunuh akan menjelma kembali selama empat hari sebagai Roho (Roh) yang boleh membalas dendam atas kematiannya. Monet seorang lelaki pekerja kilang besi yang pendiam menjadi ketakutan apabila gadis yang bernama Arabella mula menjadi tetamu di rumahnya bermula saat kemalangan tersebut.

Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya apabila Arabella hanya mengekori Monet tanpa berbuat apa-apa, bahkan menjadi seorang rakan yang baik selama beberapa hari mereka bersama di bawah satu bumbung. Monet yang rasa bersalah atas kematian Arabella mula mencari cara untuk menghidupkan kembali gadis tersebut sehingga akhirnya menerbitkan pelbagai cerita yang membongkar kisah sebenar tentang kemalangan yang meragut nyawa Arabella dahulu.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Brand: ROMAN
  • Product Code: 9789671490167 – Lelaki Yang Tak Punya Apa-Apa Untuk Dipers
  • Availability: In Stock
  • RM22.00

Tags: Hasrul Rizwan, Malaysia, Roman Buku