Islam dan Extremisme –Ahmad Munawar Ismail (Penerbit UKM)
Penerbit: Penerbitan UKM
Mukasurat: 114 muka surat
Tahun terbitan: 2021
Bahasa: Bahasa Malaysia
Semenjak sebelum kedatangan Islam lagi, unsur-unsur yang menyemai benih ekstremisme sudah wujud dalam fitrah manusia. Benih-benih ini kemudiannya dibajai lagi oleh kejahilan manusia tentang hukum hakam kehidupan yang kabur, tidak tetap dan tidak muktamad. Hukum hakam ini sexing berubah-ubah mengikut sikap, kepimpinan, fanatik dan kepentingan-kepentingan tertentu termasuk doktrin, ideologi mahupun kepentingan peribadi. Kedatangan Islam merubah segala-galanya. Islam meletakkan garis panduan yang jelas, konsisten dan berpaksi kepada kebenaran yang tulen dan meyakinkan. Semua kebenaran ini dihimpunkan dalam dua sumber autentik iaitu al-Quran dan hadis. Kedua-dua sumber ini bukan sahaja menjadi iktikad mutlak yang dipercayai dan diyakini oleh masyarakat Muslim untuk mengatur seluruh aspek kehidupan mereka bahkan turut menjadi bahan kajian dan amalan masyarakat non muslim yang ragu-ragu tentang prinsip-prinsip asal mereka. Dahl dan petunjuk dalam al-Quran dan hadis menjelaskan penolakan keras semua amalan yang memiliki ciri-ciri ekstrem dan amalan-amalan yang boleh membawa kepada fahaman tersebut. Dalam hal ini, Islam membawa pendekatan sederhana, disebut sebagai wasatiyyah, iaitu keseimbangan dalam semua sudut kehidupan manusia. Manfaatnya bersifat universal, bukan sahaja menjamin kerukunan hidup masyarakat Islam bahkan merangkumi keselesaan hidup masyarakat bukan Islam. Oleh sebab itu, buku Islam dan Ekstremisme adalah satu usaha untuk menjelaskan epistemologi ekstremisme dan menerokai sejarah dan faktor-faktor yang menyebabkan fahaman ini terus berlegar di sekeliling kita. Pengetehuan dan kesedaran mengenai fahaman ini sangat penting dalam usaha kita memupuk generasi akan datang sedar tentang erti perpaduan dan kerukunan beragama yang menjadi faktor penting kestabilan masyarakat, agama, bangsa dan negara.
AHMAD MUNAWAR ISMAIL, Ph. D. adalah Profesor Madya dan Penyelidik di Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Antara karya penulisan beliau termasuklah buku Kaedah Penyelidikan Sosial daripada Perspektif Pengajian Islam, buku Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islam dan buku Ekstremisme dan Keganasan: Konteks, Konsep dan Praktis. Beliau juga telah menerbitkan beberapa artikel dalam jurnal-jurnal berindeks merangkumi tema yang sama antaranya termasuklah Reaksi Masyarakat Islam terhadap Ekstremisme (Jurnal Islamiyyat 2020), Ekstremisme: Maksud dan Konteks Keganasan (Jurnal Jebat 2019), Methods of Dakwah and Social Networks in Dealing with Liberalism and Extremism (Jurnal Islamiyyat 2018). Tulisan beliau juga pernah diterbitkan di akhbar-akhbar tempatan antaranya termasuklah artikel bertajuk Agama, Nasionalisme Perlu Jadi Keutamaan Makmurkan Negara dalam ruangan Muka Sepuluh Behta Harlan 2020.