Tekal Berjuang: Memoir Anuar Tahir

-20% Tekal Berjuang: Memoir Anuar Tahir
Penulis: Anuar Tahir
176 m/s
Subjek: Memoir, Biografi, Islam, Politik
Kondisi: Bagus
Penerbit: ILHAMBooks
Tahun: 2017
Kehadiran buku ini adalah tepat dengan peranan besar Islam dalam konteks kemajmukan negara Malaysia. Isi buku ini adalah satu manifestasi jejak-jejak hidup saudara Anuar Tahir dengan segala macam ragam pengalaman manis dan pahit yang telah dilalui oleh pengarang. Jejak-jejak hidup saudara Mohd Anuar terukir dalam dunia penataran Islam, keilmuan dan kependidikan, kepimpinan pelajar dan belia, organisasi, pertubuhan sukarela (NGO), politik dan penulisan.

Nama saudara Anuar Tahir adalah sinonim dengan kepemimpinan badan-badan dakwah Islam dan politik. Justeru saudara Anuar Tahir mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang kaya dalam bidang organisasi. Beliau pernah menyandang jawatan-jawatan penting dalam ABIM dan pertubuhan-pertubuhan pelajar dan belia Islam seperti IIFSO yang berpengkalan di Kuwait, WAMY yang beribu pejabat di Riyadh, Arab Saudi. Sebagai seorang pemimpin tertinggi ABIM, saudara Mohd Anuar juga terlibat dalam kepemimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM).

Dalam dunia politik tanah air, saudara Anuar Tahir telah membuat keputusan luar biasa. Beliau bermula dengan UMNO, Parti Keadilan Nasional (KEADILAN), Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan kini bersama Parti Amanah Negara (AMANAH). Lebih menarik, saudara Anwar membidani kelahiran KEADILAN dan AMANAH apabila menjadi antara pengasas dan Setiausaha Agung pertama bagi kedua-dua parti tersebut.

Senator Dr Muhammad Nur Manuty

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Brand: ILHAMBooks
  • Product Code: 9789672007142 – Tekal Berjuang: Memoir Anuar Tahir
  • Availability: In Stock
This Offer Expires In:
  • RM30.00
  • RM24.00

Tags: Anuar Tahir