Aktivisme Mahasiswa Malaysia

-36% Aktivisme Mahasiswa Malaysia
Kegemilangan dan Kesuraman

Author: Meredith L. Weiss
New Pb378 pp.
Subjects: Malaysia, Politics, Social Studies
Condition: Good
Publisher: SIRD
Published: 2016
(Terjemahan from "Student Activism in Malaysia: Crucible, Mirror, Sideshow" published by NUS Press in 2011)

Buku ini menjejaki kebangkitan dan kesuraman aktivisme politik mahasiswa di Malaysia. Pada tahun 1970-an, pemerintah memulakan projek "pembendungan intelektual” yang telah menekan mobilisasi ketika itu dan menghalang aktivisme masa hadapan. Projek tersebut sangat berjaya dalam membendung protes mahasiswa, memadamkan warisan penglibatan masa lalu, dan mengawal penghasilan idea-idea baru yang berpotensi bersifat subversif. Cadangan mahasiswa yang inovatif untuk pembaharuan yang sebelumnya bukan sahaja dibenarkan malah juga disambut baik (dalam batasan tertentu) kini dilarang dan tidak digalakkan, mencerminkan bukan sahaja perubahan rejim politik Malaysia, tetapi perubahan budaya politik secara keseluruhan. Kajian yang jitu ini merungkai dinamik mobilisasi khususnya peranan mahasiswa dan universiti dalam perkembangan politik pasca-kolonial.

Kajian ini berteraskan sumber temubual dengan puluhan aktivis mahasiswa dulu dan kini, penerbitan kampus dan media lain yang berusia berdekad-dekad, arkib sejarah baik lisan mahupun bertulis, laporan kerajaan, dan autobiografi serta pengalaman langsung lain dalam mencermati keterkaitan antara pengajian tinggi dan aktivisme mahasiswa, dari awal pengajian tinggi abad kedua puluh di Singapura membawa kepada Malaysia hari ini. Kajian mendalam ini mempersoalkan pandangan umum yang mengatakan mahasiswa dan warga Malaysia secara keseluruhannya kini bersikap “apati”. Buku ini menghujahkan bahawa sikap tidak acuh itu bukan suatu yang tidak terelakkan atau semula jadi, tetapi hasil daripada projek pasifikasi dan depolitisasi sistematik dan berterusan oleh pemerintah yang agak iliberal dan sangat berteraskan pembangunan.

________________________________________________________________

Meredith L. Weiss ialah Profesor Madya Sains Politik di Universiti di Albany, SUNY.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha
  • Brand: SIRD
  • Product Code: 9789670960098
  • Availability: In Stock
This Offer Expires In:
  • RM45.00
  • RM29.00

Tags: Activism, Haris Zuan, Malaysia, Merdeka Sale 2017, Meredith L. Weiss, Politics, Social studies