Naskhah Cinta Buat Nusaibah- Riduan Mohamad Nor

Naskhah Cinta Buat Nusaibah- Riduan Mohamad Nor
"ANA JUMPA DENGAN ISMAIL HANIYYEH, SHEIKH," kata Norazli membusung bangga. Dia cuba memancmg ego saya. "Sheikh Ismail suka kat ana, sheikh..." pancing lelaki berserban dan berjanggut itu lagi dan akhirnya saya dalam hidup ini merasakan Ustaz Toliban telah memintas saya dengan jarak sejauh Ipoh-Kuala Lumpur. Seolah dia telah berdesut di aspal dengan Toyota Harrier dan saya bergerak malas dengan menunggang keldai. Semuanya tentang sosok besar HAMAS itu sangat mengagumkan, seolah-olah dia kesatria tersohor selepas Sheikh Ahmad Yasin dan Dr Abdul Aziz Rantisi. Saya tidak berkesempatan dalam kunjungan kali pertama dahulu kerana segalanya cemas dan tergopoh-gapah. Jet Israel mengintai-ngintai di celah langit biru, hauskan darah dan laparkan kematian. 
Siapa lelaki dengan wajah yang karismatik, bergurat jernih yang menjadi sebutan dunia itu? Tokoh ini dengan nama sebenarnya Ismail Abdul Salam Ahmed Haniyyeh Abu al-'Abd, adalah anak kelahiran Palestin. Dia lahir pada tahun 1962, 14 tahun selepas peristiwa Nakbah, di perkhemahan tern pantai suaka politik Palestin. Walau bagaimanapun kedua-dua °rang tuanya berasal dari bandat Asqalan. Dia membesar dalam kepayahan kaum pengungsi dan inilah jawapannya mengapa Ismail begitu akrab dengan masyarakat jembel. 
"Insya-Allah kita akan solat berjemaah suatu hari nanti di Masjidil Aqsa," Lukas Sheikh Ismail Haniyyeh kepada saya dan kata-kata itu meraung-raung di gegendang telinga ini buat selamanya... Umat Islam akan memeluk mimpi itu jika kiln semua bersungguh-sungguh. Mulakan sekarang bagi yang belum bermula dan tingkatkan usaha bagi yang sedang bergerak. Insya-Allah Palestin akan merdeka! 

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha
  • Brand: Jundi Resources
  • Product Code: 9789675968143
  • Availability: In Stock
  • RM20.00

Tags: Jundi Resources, Islam, Agama