Musafir Duniawi by Faiz Najmi

Musafir Duniawi by Faiz Najmi

Musafir Duniawi adalah sebuah buku hybrid petua pengembaraan dan travelog musafir yang menjelaskan bagaimana seorang musafir duniawi boleh terus bermusafir, beserta bekal iman, kecekalan dan ketabahan dalam hati. Segala petua yang diperturunkan dalam pengalaman merentas 5 benua, 60 negara, pelbagai sejarah, agama dan budaya, berjuta rupa manusia, serta berbagai jenis perjalanan yang diambil sejak berusia dewasa 18 tahun. Susah senang, suka duka, tangis tawa, segalanya telah dibukukan sebagai petua dan pengalaman dalam buku ini. 


Bumi Allah ini maha luas untuk dijelajah. Seluruh kehidupan pun belum tentu cukup untuk melalui dan mengalami semuanya. Cuma jika manusia tidak mula mengembara, seolah-olah satu halaman buku sahaja dibacanya. Halaman lain yang barangkali lebih indah, penuh kisah akan ditinggalkannya. Bumi Allah terlampau indah bagaikan alam mimpi. Hanya kesungguhan untuk bermusafir akan menjadi realiti!

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Brand: MyTRAVELOG
  • Product Code: 9789671412404
  • Availability: In Stock
  • RM25.00

Tags: Faiz Najmi