Sejarah Masjid & Keramat di Pulau Pinang

Sejarah Masjid & Keramat di Pulau Pinang
Author/Editor: Mahani Musa
New Pb228 pp.
Subjects: Arts & Culture, History & Biography, Malaysia, Religion, Social Studies
Condition: Good
Publisher: Think City
Published: 2014
Sejarah Masjid & Keramat di Pulau Pinang 1730-an - 2012
oleh Mahani Musa

BUKU DENGAN ILUSTRASI BERWARNA

Masjid dan keramat merupakan warisan sosio budaya dan agama yang menjadi bukti sumbangan masyarakat Islam terhadap perkembangan Pulau Pinang sebagai sebuah pelabuhan dan petempatan penting sejak abad ke-18. Di sebalik kerencaman persaingan untuk membina kehidupan di tempat baru ini, masyarakat Islam di negeri itu meneruskan tradisi keagamaan dengan membina surau dan masjid untuk tujuan beribadat selain berbuat kebajikan menerusi tradisi menderma dan mewakaf harta benda. Manakala keramat pula menjadi tempat manusia di tempat baru ini menyerahkan harapan dan impian hidup masing-masing. Menariknya, berbeza dengan masjid yang menjadi tempat beribadat yang khusus bagi orang Islam, keramat pula menjadi tempat manusia daripada pelbagai latarbelakang sosial, agama dan budaya berkongsi ruang dan bercampur gaul antara satu sama lain.

Buku ini mengandungi 75 kata masukan masjid dan 24 kata masukan keramat yang terdapat di Pulau Pinang sejak 1730-an hingga 2012. Koleksi kata masukan masjid dan keramat ini diharap dapat memberi pemahaman kepada masvarakat Islam dan masyarakat bukan Islam di Pulau Pinang, dan di negeri-negeri lain di Malaysia dan tempat-tempat lain tentang bagaimana manusia daripada kelompok yang berbeza-beza dari segi agama dan budaya masih boleh berkongsi ruang dalam hal-hal sosio budaya dan keagamaan seperti yang dapat dilihat dalam sejarah pembinaan masjid dan keramat di negeri itu.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha
  • Brand: Think City
  • Product Code: 9789671178119 – Sejarah Masjid & Keramat di Pulau Pinang
  • Availability: In Stock
  • RM50.00

Tags: Arts & Culture, History, Mahani Musa, Malaysia, Social studies