Ini Bukan Klise II: Analisa Terpilih Politik Semasa

-10% Ini Bukan Klise II: Analisa Terpilih Politik Semasa
Author: Amin Iskandar
New Pb149 pp.
Subject: Politics
Condition: Good
Publisher: SIRD
Published: 2015
Ini Bukan Klise II memuatkan rencana penulisan Amin Iskandar yang menampilkan pandangan, kritikan dan cadangan beliau mengenai permasalahan di Malaysia secara spesifik. Antara isu-isu yang disentuh adalah politik di Malaysia, isu-isu semasa, perspektif orang Melayu dan agama. Buku ini merupakan siri kedua himpunan penulisannya selepas Ini Bukan Klise yang diterbitkan.

Pada 2013 lalu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu. Ini Bukan Klise II lahir dalam keadaan pergelutan politik Malaysia yang masih belum berhenti sesudah dua tahun PRU13. Semoga penerbitan buku kedua ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca semua dan merancakkan lagi perdebatan sihat dalam masyarakat Malaysia.

Tentang Penulis

Amin Iskandar merupakan Pengarang Berita di portal The Malaysian Insider. Beliau mula menulis semenjak masih menuntut di universiti kerana minat mendalam terhadap bidang penulisan dan pernah menjadi kolumnis untuk beberapa portal dan akhbar mingguan. Selain itu, beliau pernah terlibat dalam program pemantauan pilihan raya antarabangsa di negara-negara konflik seperti Afghanistan, Bangladesh, Pakistan, Filipina, Nepal, Indonesia dan Sri Lanka. Beliau juga merupakan penerima anugerah zamalah Asian Public Intellectuals (API) pada 2009-2010 untuk membuat kajian mengenai sejarah pemantauan pilihan raya di Filipina dan Indonesia.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha
  • Brand: SIRD
  • Product Code: 9789832344285 – Ini Bukan Klise II: Analisa Terpilih Polit
  • Availability: In Stock
  • RM20.00
  • RM18.00

Tags: Amin Iskandar, Malaysia, Politics