Rekonstruksi Pemikiran Keagamaan Dalam Islam

Rekonstruksi Pemikiran Keagamaan Dalam Islam

Rekonstruksi telah ditulis pada tahun 1930 namun kebanyakan daripada isu yang disentuh oleh Iqbal masih kekal relevan bahkan lebih perlu dibincangkan oleh masyarakat Islam pada zaman ini. Segala usaha telah cuba saya lakukan untuk mencari jalan tengah di antara audien pembaca bahasa Melayu dan audien asal kepada siapa yang Iqbal cuba sampaikan iaitu kaum Muslim di India pada zamannya. Namun begitu membaca karya penterjemahan tidaklah seperti membaca karya asal. Terdapat banyak kekurangan dan kelemahan pada diri seorang penterjemah kerana seorang penterjemah itu bahkan sedang meletakkan kefahamannya yang tidak seratus peratus sempurna terhadap sesuatu teks kepada orang yang membaca terjemahannya.

Muhammad Iqbal atau lebih dikenali sebagai Allamah Iqbal telah dilahirkan pada tanggal 9 November 1877 di Sialkot, Punjab dan meninggal dunia pada 21 April 1938 di Lahore. Iqbal dianggap secara meluas sebagai pemikir Islam paling asli dan berpengaruh pada zaman moden. Iqbal berdiri di titik pertemuan antara dunia-dunia yang berbeza.

Di satu sisi beliau berdiri di antara dunia kolonialisme British dan India pasca-kolonial. Di sisi lain beliau berdiri di antara tamadun Islam dan Eropah, dan satu sisi lagi di antara tradisi dan modeniti. Iqbal bercita-cita untuk membina jambatan ketika kebanyakan pemikir lain hanya melihat kemustahilan bagi kita untuk mengasimilasikan idea-idea Barat dengan Islam. Iqbal bukan sahaja menjadi ‘bapa spiritual bagi Pakistan’, beliau bahkan telah menjadi penunjuk arah bagi kaum reformis modenis Islam di seluruh dunia. Iqbal melihat bahawa penjajahan kolonial Inggeris bukan sahaja jajahan terhadap agama, malah ranah intelektual dan sosiopolitik telah turut dijajah oleh golongan British Raj.

Format
Author Muhammad Iqbal
Editor Shuhaib Ar Rumy Ismail & Ahmad Farouk Musa
Translator Maryam Zakiah
Published 2017
Paperback Good

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha
  • RM60.00

Tags: Iqbal, Maryam Zakiah, Shuhaib Ar Rumy Ismail, Farouk Musa, Islam, Pemikiran