Rachid Ghannouchi: Seorang Demokrat Dalam Wacana Islamisme

New Rachid Ghannouchi: Seorang Demokrat Dalam Wacana Islamisme

Azzam Tamimi memperkenalkan pemikiran Sheikh Rachid Ghannouchi, aktivis politik Islamis yang terkenal yang menerajui parti politik Islamis di Tunisia yang terpenting, Ennahdah yang dahulunya dikenali sebagai Ḥarakat al-Ittijāh al-Islāmī, atau Islamic Tendency Movement yang sebelumnya diharamkan oleh rejim otoriter Zine Abidin Ben Ali, dan kini merupakan parti utama dalam kerajaan tripartit di Tunisia.

Ghannouchi, yang hidup dalam buangan selama tempoh yang panjang kerana diburu oleh rejim Tunisia, juga merupakan pemimpin sebuah aliran mazhab dalam pemikiran politik Islam moden yang menganjurkan demokrasi dan pluralisme. Beliau menekankan kesejajaran demokrasi dengan Islam, dan percaya bahawa demokrasi liberal mungkin bersejajaran dengan masyarakat Islam sepertimana hal yang menyangkut dengan sistem tatakelola, hak asasi, dan kebebasan sivil.

Maka beliau mengutarakan teorinya tentang faraghāt atau ruang-ruang vakum di mana urusan aqidah itu berada dalam ruang deenī akan tetapi urusan politik dan kenegaraan itu dalam ruang siyāsi, yang memerlukan pena’kulan yang kritis dan bukannya terikat dengan sumber wahyu  dalam mentadbir urusan duniawi.

Dalam hal ini, Azzam Tamimi tidak hanya menghasilkan kerja yang sangat baik dalam membongkar sosok Ghannouchi, sebagai seorang aktivis politik dan cendekia, tetapi penyorotannya tentang ideologi Ghannouchi cukup unik dan menyerlahkan mengapa Ghannouchi berkemungkinan merupakan intelektual Islam yang terpenting dan paling berpengaruh dalam dekad ini.

Format
Author Azzam Tamimi
Editor Ahmad Farouk Musa
Translator Ahmad Nabil Amir
Published 2018
Paperback Good

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha
  • RM65.00

Tags: Rachid Ghannouchi, Islam, Farouk Musa, IRF, Islamic Renaissance Front,