Jalan ke Mekah

Jalan ke Mekah

Buku ini meliputi kisah pada dua puluh tiga tahun pertama kehidupannya yang luar biasa, di mana ia menjelaskan bagaimana beliau memeluk Islam semasa berusia 26 tahun, dan memerincikan pengembaraan luasnya merantau ke tanah Arab, Palestin, Syria, Iraq, Iran, Afghanistan, Mesir, dan Libya. Beliau menulis buku ini pada tahun 1954, tidak lama selepas beliau meletakkan jawatan sebagai duta Pakistan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), demi menceritakan kepada dunia apa yang telah membawanya kepada Islam.

Buku ini adalah sebuah buku mengenai pengembaraan dan penjelajahan seorang manusia melalui jalan-jalan geografikal di dataran bumi, dan penerokaan intelektual dan spiritual yang telah dilakukannya melalui denai dan ranjau dalam jiwanya sendiri. Kedua-dua pengembaraannya itu memuncak pada satu tempat, iaitu Mekah, di mana beliau menetap di sana untuk beberapa tahun dan menemui kepuasan spiritual dan intelektual di sana yang tidak beliau kecapi semasa di Eropah. Lantaran buku ini ialah sebuah alternatif kepada kebiasaan teks-teks pengenalan mengenai Islam, yang mana buku ini merupakan sebuah cara yang menarik dan menginspirasikan untuk mempelajari dengan lebih mendalam mengenai Islam di mana ajaran-ajaran asas bagi keimanan itu telah dibaluti dengan wacana naratif daripada kehidupan pengarang itu sendiri.


Muhammad Asad, dilahirkan dengan nama Leopold Weiss pada 2 Julai 1900 dalam sebuah keluarga Yahudi di Lviy, yang kini dalam negara Ukraine. Beliau ialah seorang kelahiran Yahudi Austro-Hungarian yang merupakan seorang wartawan, pengembara, penulis, ahli bahasa, pemikir, ahli teori politik, diplomat, dan sarjana Islam. Asad merupakan salah seorang tokoh Muslim Eropah yang berpengaruh pada kurun ke-20 dan digambarkan sebagai anugerah Eropah kepada Islam oleh para penulis biografinya.

Format
Author Muhammad Asad
Editor Shuhaib Ar Rumy Ismail & Ahmad Farouk Musa
Translator Mukhriz Mat Rus & Ahmad Nabil Amir

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha
  • RM65.00

Tags: Muhammad Asad, IRF, Mukhriz Mat Rus, Ahmad Nabil Amir,