Revolusi Tanpa Darah

Revolusi Tanpa Darah

Buku Revolusi Tanpa Darah merupakan judul keempat saya usahakan sejak uzur berpanjangan tiga tahun lalu. Ia merakam detik-detik paling indah dan momen-momen tidak mungkin dilupakan menumbangkan regim korup yang bertahan lebih enam dasawarsa.

Saya memilih judul Revolusi Tanpa Darah kerana perubahan besar 9 Mei perlu dirakam sebagai peristiwa paling bermakna dalam sejarah panjang tanahair kita. Malaysia terselamat daripada senarai negara gagal apabila Umno-BN berjaya direhatkan dari tampuk kuasa.

Revolusi sering dikaitkan dengan pertumpahan darah dan kacau-bilau. Peralihan kuasa di negara-negara sedang membangun dan dunia ketiga juga tidak pernah melalui jalan mudah. Huru-hara yang banyak memakan korban sentiasa menunggu. Proses reformasi – bukan revolusi – di sebuah negara jiran juga menagih nyawa dan kecelakaan.

Format
Author Ahmad Lutfi Othman
Published 2019

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha
  • Brand: 108 Publishing
  • Product Code: 9789671428535
  • Reward Points: 1
  • Availability: In Stock
  • RM40.00